Zikir Tidurkan Anak yang Membantu Melenakan Si Kecil Anda. | HARIAN METRONI : Zikir Tidurkan Anak Yang Membantu Melenakan Si Kecil Anda. Tidur penting untuk pertumbuhan kanak-kanak, tetapi menidurkan bayi bukanlah tugas mudah. Berikut adalah beberapa zikir yang boleh membantu si kecil tidur dengan lebih mudah. Teruskan membaca untuk mengetahui zikir dan petua lain bagi memastikan tidur mereka lebih berkualiti.
Senarai Zikir Tidurkan Anak
Berikut merupakan 5 zikir tidurkan anak yang boleh anda amalkan sewaktu ingin menidurkan si Kecil anda:
1. Zikir La ilaha illallah
Zikir tidurkan anak yang pertama merupakan zikir mudah yang boleh diulang-ulang sehingga anak anda tertidur. Berikut adalah bacaan rumi bagi zikir La Illaha Illallah beserta maksudnya dan video bacaan zikir ini:
La illaha illallah
La illaha illallah
La illaha illallah
Muhammadur rasullahMaksudnya:
“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah.”
2. Zikir Penenang Hati
Zikir yang sangat membantu dalam menenangkan bayi anda bagi memudahkan mereka untuk tidur adalah zikir penenang hati seperti di bawah:
Hasbi rabbi jallallah
Mafi qalbi ghairullah
Nur muhammad sallallah
LailahaillallaMaksudnya:
“Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku, Tiada di dalam hatiku, melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad SAW. Tiada Tuhan melainkan Allah,”
3. Zikir Hasbiallah Wa Ni’mal Wakil
Hasbiallah wani’mal wakil
Fa ni’mal maula wani’man nasirHasbiallah wani’mal wakil
Fa Ni’mal maula wani’man nasirMaksudnya:
“Cukuplah Allah sebagai penolong. Dan sebaik-baik pelindung. Cukuplah Allah sebagai penolong. Dan sebaik-baik pelindung.”
4. Zikir Tasbih Fatimah
Subhanallah (33 kali)
Walhamdulillah (33 kali)
WaLaillahaillallah (33 kali)
Wallahuakbar (33 kali)Maksudnya:
“Maha Suci Allah. Segala puji hanya untuk Allah. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Allah Maha Besar. “
5. Zikir bismillahillazi
Bismillahilazi la yadurru maasmihi shaiun fil ardi wa la fis samaaie, Wahuwas samiul alim
Maksudnya:
“Dengan nama Allah yang bersama Nya sesuatu itu tidak berbahaya di bumi dan di langit.”
Cara Lain untuk Menidurkan Anak
Selain membaca zikir yang telah dikongsikan, anda juga boleh mencuba 10 cara berikut untuk membantu anak tidur dengan lebih mudah:
- Sediakan ruang tidur yang bersih dan selesa.
- Bedung bayi dengan kemas, supaya mereka berasa selamat seperti dalam rahim.
- Pastikan suhu bilik sejuk agar anak tidak berasa panas.
- Mandikan anak dengan air suam 1-2 jam sebelum tidur untuk membantu mereka lebih relaks.
- Matikan semua gajet sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur bagi mengelakkan rangsangan.
- Elakkan bertentang mata semasa menidurkan anak untuk mengurangkan rangsangan.
- Pastikan tidur siang anak tidak terlalu lewat supaya mereka lebih nyenyak pada waktu malam.
- Tidurkan anak dalam suasana gelap untuk merangsang pengeluaran melatonin.
- Tukar lampin dengan berhati-hati bagi mengelakkan anak terjaga.
- Galakkan anak melakukan aktiviti fizikal pada waktu pagi.
Baca juga: Doa Untuk Anak Perempuan – Agar Menjadi Anak Soleh/Solehah
Doa Halau Gangguan Syaitan
Jika anak anda masih menangis dan tidak dapat tidur setelah anda melakukan semua petua di atas, anda boleh baca doa-doa ini, kerana ada kemungkinan terdapatnya gangguan syaitan.
- Membaca Surah al-Fatihah dan mengulang-ulanginya
- Membaca Ayat al-Kursi
- Membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas.
- Membaca doa berikut sebanyak 3 kali:
بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ، أَوْ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ
Doa dan ayat al-Qur’an di atas boleh dibacakan pada air dan dipercikkan kepada mereka yang sakit. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW kepada Thabit bin Qais.