Program Bantuan Kad Perak Sejahtera

Program Bantuan Kad Perak Sejahtera

2025-03-06

Program Bantuan Kad Perak Sejahtera. | HARIANMETRONI : Program Bantuan Kad Perak Sejahtera. Kad Perak Sejahtera yang dahulunya dikenali sebagai kad Perak Prihatin merupakan sebuah program bantuan di bawah Program Perak Prihatin. Program ini dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang meletakkan komitmen tinggi dalam memastikan kebajikan dan kesehahteraan rakyat negeri Perak sentiasa meningkat dan bertambah baik. Bagi rakyat negeri Perak yang ingin mengetahui lebih lagi tentang program bantuan ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

Program Bantuan Kad Perak Sejahtera

 

Program Perak Prihatin

Perak Prihatin adalah program kebajikan khusus untuk Kumpulan B40 yang dijalankan oleh kerajaan negeri tersebut bagi mengurangkan kos sara hidup kumpulan ini, melalui bantuan kewangan.

Di bawah program ini, penerima bantuan yang berkelayakan akan menerima Kad Perak Sejahtera iaitu sejenis kad yang di dalamnya terdapat sejumlah wang bantuan bagi meringankan beban penerima bantuan dalam meneruskan kehidupan mereka.

Pada tahun 2025 ini, penerima bantuan di bawah inisiatif ini akan menerima agihan bulanan sebanyak RM100 bermula Januari 2024. Namun demikian, pelaksanaan bagi manfaat kesihatan telah dimansuhkan bermula Januari 2024.

Untuk pengetahuan anda, program ini telah dilaksanakan bermula tahun 2019 di mana seramai 17,000 penerima telah menerima manfaat daripada pelaksanaan program ini, dan pada tahun 2025 jumlah penerima bantuan yang menerima manfaat telah meningkat kepada seramai 19,012 penerima.

 

Manfaat Program

Bermula Januari 2024, kesemua pemegang Kad Perak Sejahtera akan memperoleh manfaat makanan sebanyak RM100 sebulan, bersamaan dengan RM1,200 setahun bagi setiap pemilik kad ini.

Manfaat kesihatan pula telah dimansuhkan sepenuhnya juga bermula pada bulan Januari, tahun 2024.

Program Bantuan Kad Perak Sejahtera

Semakan Kelayakan Kad Perak Sejahtera

Anda boleh semak kelayakan anda untuk permohonan Kad Perak Sejahtera dengan memasukkan kad pengenalan anda di halaman https://member.perakprihatin.com/site/login

Program Bantuan Kad Perak Sejahtera

 

Pengaktifan & Cara Penggunaan Kad

Setelah mendaftar dan memperoleh kad ini anda perlu melakukan pengaktifan kad sebelum anda boleh menggunakannya. Pengaktifan kad ini boleh dilakukan di pautan berikut https://kiplepay.com/cards/card-activation/pp#home

Program Bantuan Kad Perak Sejahtera

 

Cara Penggunaan Kad Perak Sejahtera

Bagi anda yang layak menerima bantuan ini dan telah mengaktifkan Kad Perak Sejahtera, anda boleh menggunakan kad tersebut dengan cara berikut:

  1. Pergi ke pasaraya atau kedai yang berdaftar seperti yang disenaraikan dalam dokumen di bawah.
  2. Pilih barangan keperluan asas yang diperlukan.
  3. Serahkan kad anda kepada juruwang di kaunter pembayaran (Pastikan anda menyemak baki sebelum melakukan pembelian)
  4. Juruwang akan merekodkan barangan keperluan yang diambil pelanggan (hanya barangan yang tersenarai sahaja akan diluluskan untuk pembelian menggunakan kad ini)
  5. Setelah itu juruwang akan memasukkan kad anda ke dalam terminal pembayaran.
  6. Masukkan nombor pin anda bagi melakukan pembayaran. (Jika baki tidak mencukupi anda boleh melakukan pembayaran menggunakan duit anda sendiri.)

Program Bantuan Kad Perak Sejahtera

KEDAI-PANEL-PERAK-PRIHATIN_25032022

 

Maklumat Tambahan

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan atau maklumat tambahan berkenaan Kad Perak Sejahtera boleh diperoleh dengan menghubungi:

Pusat panggilan perkhidmatan: 1800 22 6600

Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak):

 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel Lain