Kenyalang Gold Card

Kenyalang Gold Card (KGC): Permohonan & Diskaun Warga Emas

2025-02-11

Kenyalang Gold Card (KGC): Permohonan & Diskaun Warga Emas. | HARIANMETRONI : Kenyalang Gold Card (KGC): Permohonan & Diskaun Warga Emas. Warga emas di Sarawak boleh memohon kemudahan Kenyalang Gold Card (KGC) di mana ia merupakan satu kad yang memberi tawaran potongan harga, pengecualian pembiayaan untuk barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh sektor awam, sektor swasta dan gerai komersial yang merupakan rakan stratergik KGC. Program ini terus mendapat sambutan hangat sejak pelancarannya, dengan penambahan manfaat dan penglibatan lebih banyak rakan strategik pada tahun 2024 dan seterusnya. KGC memberikan pelbagai keistimewaan kepada individu berusia 60 tahun ke atas yang menetap di Sarawak, sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka kepada masyarakat. Sebanyak 357,867 jumlah pemegang Kenyalang Gold Card (KGC) di seluruh Sarawak sehingga 31 Disember 2024. Ikuti info lanjut tentang KGC beserta manfaat dan cara permohonannya.

Kenyalang Gold Card

Apakah Kenyalang Gold Card (KGC)?

Kenyalang Gold Card – turut dikenali sebagai “KGC” menyediakan kemudahan dan akses untuk orang Sarawak yang layak untuk menerima inisiatif Gold Card.

Terdapat pelbagai diskaun dan tawaran istimewa. Segala jenis kemudahan istimewa disediakan untuk yang layak; dengan penjimatan setiap hari – berdekatan dengan anda, dan seluruh daerah-daerah di Sarawak.

Pada tahun 2024, KGC menyaksikan peningkatan kolaborasi dengan syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata inisiatif yang menyediakan pelbagai keistimewaan itu, termasuk dalam bentuk diskaun, setakat ini memberi manfaat kepada seramai 357,867 pengguna di seluruh wilayah ini.

Menurutnya, setakat 31 Disember 2024, KGC mempunyai sebanyak 1,035 rakan strategik.

Sebanyak 288 daripadanya terdapat di Bahagian Kuching, diikuti sebanyak 260 di Sibu, Miri 104, Bintulu 80, Sarikei 54, Sri Aman 49, Mukah 40, Limbang 41, Betong 39, Serian 33, Samarahan 31, dan Kapit 16.

“Kesemua rakan strategik yang terlibat ini menawarkan diskaun serta rebat dari 5 hingga 20 peratus bagi perkhidmatan peruncitan, kesihatan, restoran, hotel, pengangkutan, dan banyak lagi.

“Justeru, kita amat mengalu-alukan penyertaan lebih ramai syarikat dan perniagaan swasta kerana semakin banyak pilihan yang tersedia, semakin banyak manfaat yang dapat dinikmati oleh warga emas,” katanya.

Kerajaan negeri juga sedang mempertimbangkan cadangan untuk menambah manfaat baru, seperti subsidi perubatan tambahan dan perkhidmatan penghantaran percuma untuk keperluan asas.

*Senarai Penuh Rakan Strategik KGC boleh dirujuk di SINI

 

Kenyalang Gold Card

 

Syarat Kelayakan

Antara syarat-syarat memohon KGC ialah:

  • Berumur 60 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia dengan status ‘K’ pada kad pengenalan
  • Penduduk tetap (permanent resident) Sarawak

Manfaat Kenyalang Gold Card

Kad ini menawarkan:

  • Diskaun dan rebat setiap hari ke atas barangan keperluan seperti, barangan keperluan dapur, makanan, penjagaan kesihatan, telekomunikasi dan pengangkutan.
  • Manfaat lain seperti pekerjaan, jahitan, saloon rambut dan urutan.
  • Tawaran istimewa yang bernilai tinggi.

Cara Permohonan Kenyalang Gold Card

Warga emas 60 tahun ke atas, pemegang kad pengenalan berstatus “K”, atau penduduk tetap Sarawak boleh mendaftar dan memuat turun iSarawakCare untuk menikmati diskaun, rebat, dan manfaat Kenyalang Gold Card (KGC). Setelah pendaftaran berjaya, pemohon akan menerima kad fizikal dan akaun digital. KGC adalah penghargaan kerajaan dan vendor Sarawak kepada rakyat atas sumbangan mereka kepada negeri.

Permohonan secara online juga boleh dibuat melalui pautan https://kenyalanggold.com/.

Kenyalang Gold Card

 

Maklumat Lanjut

Jika ada pertanyaan, sila hubungi Urus Setia Kenyalang Gold Card (KGC) di talian 082-449577/444139 atau emel ke alamat [email protected]

Sebagai alternatif, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak di:

  • Alamat: Wisma Kebajikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching. Lot 4273 Blok 14, Jalan Siol Kanan, Sarawak, 93050, Kuching
  • Talian Utama: 082-444139 / 082-444957

Kenyalang Gold Card (KGC) mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Sarawak dalam menjaga kebajikan warga emas. Dengan pelbagai manfaat yang ditambah baik, KGC meringankan beban kewangan. Justeru meningkatkan kualiti hidup mereka, serta membina komuniti yang lebih penyayang dan inklusif.

Maklumat lanjut : https://kenyalanggold.com/pages/about-kenyalanggold

Artikel Lain