SUKUR Sabah

SUKUR Sabah – Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025

2025-02-19

SUKUR Sabah – Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025. | HARIANMETRONI : SUKUR Sabah – Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025. Sabah merupakan salah satu negeri dengan kadar kemiskinan tegar tertinggi di Malaysia, merangkumi 38% (6,937) daripada 18,445 isi rumah miskin tegar di negara ini. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, menyatakan bahawa tujuh daripada 10 daerah termiskin di Malaysia berada di Sabah. Kadar kemiskinan tegar di Sabah jauh lebih tinggi berbanding peringkat nasional (0.2%). Daerah Tongod mencatat kadar tertinggi (5.9%), diikuti Beluran (5.0%), Pitas (4.8%), dan Kinabatangan (4.6%). Beberapa daerah lain seperti Kota Marudu, Tuaran, Ranau, dan Lahad Datu turut mencatat kadar tinggi, terutama di kawasan pedalaman.

SUKUR Sabah

Justeru itu, pelbagai inisiatif dan bantuan dilaksanakan untuk membantu meringankan beban golongan miskin dan miskin tegar khususnya semasa perayaan utama di negeri ini. Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 yang juga merupakan inisiatif bantuan untuk golongan miskin di Sabah.

 

SUKUR Sabah

 

Pengenalan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

Program Sentuhan Kasih Rakyat ialah sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sabah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini.

Program ini akan diselaras pada Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dan dilaksanakan secara berperingkat. Pada peringkat awal, ia mensasarkan untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang penerima. Bantuan ini juga diharapkan dapat memberikan sedikit keselesaan kepada golongan sasar, khususnya semasa musim perayaan utama.

Selain membantu dari segi kewangan, program ini juga merupakan salah satu langkah kerajaan untuk memastikan pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat di Sabah lebih inklusif, dengan menumpukan perhatian kepada mereka yang paling memerlukan.

SUKUR Sabah

 

Siapa Yang Layak Terima Bantuan?

Golongan yang layak menerima Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 adalah seperti yang berikut;

1. Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.

2. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; dan

3. Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK)*.

4. Ketua Isi Rumah (KIR) kategori miskin (seorang penerima sahaja); atau

5. Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak bagi kategori miskin tegar; atau

6. Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di para (e) masih di bawah paras kemiskinan tegar.

 

Jumlah Bantuan

Kadar bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 adalah sama bagi setiap penerima iaitu RM300 sebulan atau RM3600 setahun.

Amaun bantuan ini akan diagihkan dalam 4 fasa.

Jumlah bayaran bantuan Sentuhan Kasih Rakyat bagi setiap fasa adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 (Januari – Mac) RM 900
  • Fasa 2 (April – Jun) RM900
  • Fasa 3 (Julai – September) RM900
  • Fasa 4 (Oktober – Disember) RM900

 

Tarikh Bayaran Sentuhan Kasih Rakyat 2025

Bantuan akan dilaksanakan secara berfasa dan dalam bentuk pakej bermula 19 Februari 2025.

Tarikh bayaran Sentuhan Kasih Rakyat adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 : Bermula 19 Februari 2025
  • Fasa 2 : Bermula April 2025
  • Fasa 3 : Bermula Ogos 2025
  • Fasa 4 : Bermula Oktober 2025

*Penerima tiada akaun bank yang menerima bayaran secara tunai akan menerima bayaran pengagihan sedikit lewat, sila rujuk jadual di bawah:

SUKUR Sabah

 

Kaedah Pemberian Bantuan

Bantuan akan disalurkan melalui kaedah seperti berikut:

  • Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank penerima; atau
  • Bayaran akan diberikan secara tunai; atau
  • Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO

 

Permohonan SUKUR 2025

Permohonan melalui Pejabat Daerah/ UPPM telah ditutup pada 31 Januari 2025.

Bagi permohonan yang telah dibuat melalui Pejabat Daerah/UPPM, pemohon boleh mengemas kini maklumat di dalam Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) melalui pautan https://padans.sabah.gov.my/.

Bagi penerima dari senarai tercicir (bukan eKasih) dan disahkan lulus, pembayaran akan bermula pada Fasa 2 (Mei 2025).

Penerima akan menerima bayaran pada Fasa 2 sebanyak RM900 diikuti dengan bayaran RM900 bagi Fasa
3 dan RM900 bagi Fasa 4. Ini bermaksud tiada tunggakan agihan dibuat untuk Fasa 1.

 

FAQ Program Sentuhan Kasih Rakyat (SUKUR Sabah)

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Program Sentuhan kasih Rakyat 2025 ini, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) yang dikeluarkan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) melalui laman web rasmi PADANS.

SUKUR Sabah SUKUR Sabah SUKUR Sabah SUKUR Sabah SUKUR Sabah SUKUR Sabah

 

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang soalan atau anda ingin mendapatkan info terkini berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini anda boleh rujuk pada :

  • Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: [ Talian Telefon: 088 338 338 atau Talian Whatsapp : 010 – 5828207 ];
  • Laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: https://padans.sabah.gov.my/

 

 

 

Artikel Lain