Bayaran Sara

STR 2025: Semakan, Permohonan, Info Pembayaran

2025-01-26

STR 2025: Semakan Bantuan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah. | HARIAN METRONI : STR2025: Semakan, Permohonan, Info Pembayaran. Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), dan bantuan persekolahan yang disediakan oleh kerajaan merupakan antara langkah inisiatif untuk membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup. Artikel ini juga disertakan dengan STR2025: Semakan, Permohonan, Info Pembayaran.

Bantuan STR

 

Melalui Belanjawan 2024, kerajaan telah membuktikan keberkesanan insentif ini dalam membantu meringankan beban rakyat tanpa terlalu terjejas dengan kenaikan harga barang keperluan.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi maklumat terkini dan terperinci berkenaan STR 2025 yang telah diumumkan secara rasmi.

Pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah – STR 2025

Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) ialah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia di bawah inisiatif Bantuan Rahmah. Tujuan utamanya adalah untuk membantu golongan yang memerlukan, khususnya keluarga daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana rendah (M40), dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

 

STR merupakan kesinambungan daripada program bantuan tunai terdahulu seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Matlamat utama program ini adalah untuk membantu meringankan tekanan kewangan rakyat Malaysia yang terjejas.

Bagi tahun 2025, kerajaan akan meningkatkan jumlah peruntukan untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM13 bilion, berbanding RM10 bilion sebelum ini. Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada 9 juta penerima, iaitu sekitar 60 peratus daripada penduduk dewasa di Malaysia.

Berikut dikongsikan infografik Sumbangan Tunai Rahmah 2025 :

Bayaran STR

Bayaran STR

KADAR adar Pembayaran STR 2025 Mengikut Kategori
Berita baik untuk penerima STR!

Pada tahun 2025, kerajaan telah mengumumkan peningkatan terbesar bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Peningkatan ini dijangka memberi manfaat kepada seramai 9 juta penerima, yang merangkumi 60 peratus daripada penduduk dewasa di Malaysia.

Dengan tambahan peruntukan ini, kadar maksimum bagi isi rumah telah dinaikkan kepada RM4,600, berbanding RM3,700 sebelumnya.
Bagi kategori bujang pula, jumlah baharu meningkat kepada RM600.

Sementara itu, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan mula dikreditkan ke MYKAD penerima mulai April 2025.
Berikut adalah kadar pembayaran mengikut kategori seperti yang dinyatakan dalam Soalan Lazim STR 2025:

 

Bayaran STR Bayaran STR

Cara Menyemak Status STR 2025

Anda boleh menyemak status permohonan STR 2025 melalui beberapa kaedah berikut:

  • Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my/ kemudian pilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Status; atau
  • Hubungi Hotline BKK di talian 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi Kementerian Kewangan (MOF) di nombor 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Datang terus ke Pejabat LHDNM yang berdekatan.

Bantuan STR

Makna Status

  • Status Permohonan Diterima: Merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima oleh sistem dan sedang menunggu proses verifikasi berdasarkan tarikh permohonan dihantar. Permohonan ini masih boleh dikemas kini sehingga status ditukar kepada Dalam Proses.
  • Status Dalam Proses: Bermaksud permohonan STR yang telah diterima sedang melalui proses verifikasi untuk menentukan kelayakan STR 2025.
  • Status Lulus: Merujuk kepada permohonan STR yang memenuhi syarat kelayakan selepas proses verifikasi selesai dilakukan.
  • Status Tidak Lulus: Bermaksud permohonan STR tidak memenuhi syarat kelayakan setelah melalui proses verifikasi.

Bagi pemohon yang menerima Status Tidak Lulus, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2025 untuk mengetahui alasan permohonan ditolak dan dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.

Maklumat Lanjut STR 2025

Sebarang maklumat terkini mengenai STR 2025 akan dikemas kini dari masa ke masa.

Anda boleh merujuk saluran berikut untuk mendapatkan informasi terbaru:

Artikel Lain