iSejahtera – Semakan Bayaran Mulai 12 Mac 2025. | HARIANMETRONI : iSejahtera – Semakan Bayaran Mulai 12 Mac 2025. Pengumuman ini menunjukkan bahawa semakan bayaran bagi program iSejahtera boleh dilakukan mulai 12 Mac 2025. Penerima bantuan atau individu yang layak boleh menyemak status pembayaran mereka pada tarikh tersebut melalui saluran rasmi yang disediakan, seperti laman web rasmi, aplikasi mudah alih, atau kaunter perkhidmatan berkaitan. Ini membolehkan penerima mendapatkan maklumat terkini mengenai jumlah bayaran, tarikh pemindahan, dan kaedah penerimaan bantuan.
PROGRAM BANTUAN ISEJAHTERA UNTUK IBU TUNGGAL, WARGA EMAS, OKU, SURIRUMAH, PELAJAR DAN BAYI
Sukacita dimaklumkan, seramai 273,590 penerima program i-Sejahtera di Pulau Pinang bakal menerima pembayaran secara pemindahan dana elektronik (EFT) bagi Fasa 1/2025 mulai 12 Mac 2025.
Pembayaran ini melibatkan 205,042 penerima Program Penghargaan Warga Emas (PPWE), 10,298 Program Bantuan Ibu Tunggal (PBIT), 43,104 Program Suri Emas (PSE) dan 15,146 penerima program bantuan orang kurang upaya (OKU).
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Program Bantuan iSejahtera 2025.
Program Bantuan iSejahtera – Pengenalan
Program i-Sejahtera merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbentuk kewangan secara setahun sekali kepada rakyat Pulau Pinang iaitu warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, suri rumah dan bayi berumur 2 tahun ke bawah.
Sistem iSejahtera ini digunakan oleh pelbagai pihak bagi urusan yang melibatkan permohonan, pendaftaran, pengemaskinian, pengesahan permohonan, dan pengurusan pembayaran. Pihak yang menggunakan sistem iSejahtera ini ialah:
- Orang awam
- Pusat Khidmat (KADUN) dan Parlimen,Pejabat Masyarakat Penyayang,
- Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN),
- Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM dan PKMD)
Selain itu, sistem ini juga akan diperluas lagi untuk sebarang program-program kebajikan negeri pada masa akan datang.
BACA JUGA: Bantuan Warga Emas RM500 sebulan
Jenis Bantuan iSejahtera 2025
Terdapat beberapa jenis program bantuan yang boleh dimohon bagi tahun 2025 iaitu:
- Program Penghargaan Warga Emas
- Program Bantuan Ibu Tunggal
- Program Suri Emas
- Program Bantuan OKU
- Program Anak Emas
- Program Bantuan Teksi & Bas Sekolah
Syarat Bantuan iSejahtera
Syarat utama program i-Sejahtera adalah pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan merupakan pengundi di Pulau Pinang (Kecuali bagi Program OKU).
Syarat-syarat lengkap bagi setiap program beserta dokumen yang perlu disediakan boleh rujuk di bawah:
1. PROGRAM PENGHARGAAN WARGA EMAS
1.Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar.
2.Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK UNTUK SEMAKAN PENDAFTARAN
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN
1.Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
2.Salinan Kad Pengenalan Waris.
3.Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
4.Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK UNTUK CETAKAN DOKUMEN
2. PROGRAM BANTUAN IBU TUNGGAL
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1.Warganegara Malaysia.
2.Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
3.Bercerai atau kematian suami
4.Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar
5.Tidak berkahwin semula.
6.Mesti mempunyai sekurang-kurangnya SEORANG anak
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN
1.Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
2.Salinan Kad Pengenalan salah seorang anak.
3. Sijil Kelahiran salah seorang anak.
4.Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penerima Khairat.
5.Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.
6. Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
7.Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR
3. PROGRAM ANAK EMAS
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
2. Pendaftaran perlu dilengkapkan sebelum anak berumur 2 tahun.
3. Salah seorang ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN
1.Salinan Sijil Kelahiran anak.
2.Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa.
3.Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
4.Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR
SEKIRANYA BUKAN PENGUNDI PULAU PINANG:
- Ambil masa 1-2 bulan untuk pertukaran selesai. Semakan boleh dibuat dari masa ke semasa di LAMAN WEB RASMI SPR.
- Tukar Kad Pengenalan mengikut Alamat Pulau Pinang di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Setelah mendapat Kad Pengenalan yang baharu, terus ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri untuk pertukaran Alamat tempat mengundi
Semakan Status
Status pendaftaran boleh disemak melalui Portal i-Sejahtera. Sila klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status.
Selain itu, semakan juga boleh dilakukan dengan log in masuk ke akaun pemohon di butang Login Pemohon.
Pemohon juga boleh menghubungi Pejabat Daerah, Pusat Khidmat KADUN, Pusat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program Bantuan OKU) untuk menyemak status pendaftaran.
Jumlah Bantuan
BAYARAN SATU (1) KALI SETAHUN
- Program Penghargaan Warga Emas : RM200.00
- Program Bantuan Ibu Tunggal : RM100.00
- Program Suri Emas : RM100.00
- Program Bantuan OKU : RM200.00
BAYARAN SEKALI SECARA ONE-OFF
- Program Anak Emas : RM200.00
- Khairat Kematian : RM1,000.00
Tarikh Pembayaran
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak.
Pembayaran Fasa 1/2025 bagi Program i-Sejahtera, iaitu Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan Ibu Tunggal, Program Suri Emas, dan Program Bantuan OKU akan dilaksanakan mulai 12 Mac 2025.
Permohonan yang dikemukakan selepas 10 Feb akan menerima bantuan pada Fasa 2/2025.
Bagi membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun.
Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.
Cara Pembayaran
Pembayaran i-Sejahtera dilakukan secara TUNAI dan Electronic Funds Transfer (EFT).
Sekiranya pemohon telah memilih kaedah TUNAI, pemohon boleh membuat pengemaskinian melalui memilih kaedah EFT dengan mengemukakan salinan dokumen akaun bank yang terkini melalui sistem.
Jika pemohon tidak mempunyai bank akaun, pemohon boleh membuat pilihan untuk mengemukakan akaun bank bersama waris (joint account) atau membuat perakuan bagi pembayaran ke atas akaun waris yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bantuan ini, sila rujuk laman web rasmi iSejahtera di pautan berikut: https://isejahtera.penang.gov.my/app/panduan/panduan.pdf
Atau, layari: https://isejahtera.penang.gov.my/hubungi.php