Bantuan Khas Penjawat Awam

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2025

2025-02-10

Bantuan Kewangan Penjawat Awam 2025 & Pesara. | HARIAN METRONI : Bantuan Kewangan Penjawat Awam 2025 & Pesara. Bantuan Khas Kewangan 2025 ialah insentif bagi penjawat awam dan pesara kerajaan untuk meringankan beban mereka, terutama dengan kenaikan kos sara hidup. Jumlah bayaran ditetapkan kerajaan dan biasanya diumumkan dalam bajet tahunan serta diberikan menjelang perayaan atau tarikh tertentu. Maklumat lanjut boleh didapati melalui pengumuman rasmi kerajaan.

Bantuan Khas Penjawat Awam

 

Bantuan Khas Kewangan (Bonus Penjawat Awam & Pesara 2025)

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM500 dan pesara kerajaan sebanyak RM250.

“Bulan Disember 2024 ada kenaikan, bulan Januari ada kenaikan, bulan Februari 2025 ada bonus. Alhamdulillah.”

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, mengumumkan peruntukan dalam Belanjawan 2025 bagi penjawat awam, termasuk lebih RM1.8 bilion untuk pembinaan, penyelenggaraan, dan baik pulih kuarters seperti guru, doktor, polis, bomba, penjara, dan tentera.

LPPSA akan memperkenalkan Skim Pembiayaan Perumahan Muda dengan tempoh pembiayaan sehingga 40 tahun. Kerajaan juga akan memperluas Skim Ex-Gratia Bencana Kerja, termasuk faedah Ex-Gratia Operasi hingga RM50,000 untuk anggota keselamatan yang hilang upaya kekal dan Ex-Gratia Pukal RM20,000 kepada waris kes kematian bencana kerja.

Mulai 1 Januari 2025, Elaun Layanan Sentiasa dinaikkan kepada RM1,500 daripada RM500, termasuk untuk penerima sedia ada. Maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam dan Pesara 2025 akan diperincikan oleh JPA.

Bantuan Khas Penjawat Awam

 

Bantuan Khas Penjawat Awam

  • YAB Perdana Menteri melalui pembentangan Belanjawan Tahun 2025 telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2025 sebanyak RM500 kepada Pegawai Awam Gred 15 dan ke bawah, dan pegawai/ kakitangan lantikan kontrak.
  • Di samping itu, BKK ini dipanjangkan kepada pesara Kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran sebanyak RM250.
  • BKK Tahun 2025 ini akan dibayar pada 25 Februari 2025, dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran tersebut.
  • Pemberian BKK ini akan dikecualikan cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Bantuan Khas Penjawat Awam

 

Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam 2025

Bonus akan Bantuan Khas Penjawat Awam ini akan dibayar pada 25 Februari 2025.

Bantuan Khas Penjawat Awam

Sumber infografik : Jabatan Penerangan Malaysia

 

Ini bermaksud, bayaran ini akan disekalikan dengan pemberian gaji penjawat pada bulan tersebut.

Bantuan Khas Penjawat Awam

 

TERKINI : Surat Edaran Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam / Pesara Tahun 2025 – JPA

Berikut disertakan 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱

Bantuan Khas Penjawat Awam Bantuan Khas Penjawat Awam Bantuan Khas Penjawat Awam Bantuan Khas Penjawat Awam Bantuan Khas Penjawat Awam

Sumber: https://www.jpa.gov.my/

Untuk semakan lanjut, layari LAMAN WEB RASMI JPA

 

Kenaikan Gaji SSPA & Pencen

Selain Bantuan Khas ini, Penjawat awam telahpun menikmati Pelarasan Gaji menerusi pelaksanaan SSPA yang akan berkuatkuasa pada 1 Disember 2024.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kenaikan gaji dan pencen yang bakal dinikmati oleh penjawat awam dan pesara, sila rujuk artikel berikut:

Artikel Lain